Home Berita PAS Terengganu

Gentarkan musuh dengan persiapan, pergantungan tetap kepada Allah

500
SHARE

Oleh: Ustaz Nik Nasri

Sura, Dungun 19 Ogos 17- ‘Allah perintah kita buat persiapan semaksimum mungkin untuk tegakkan syariat Allah menerusi politik pilihanraya. Namun, akhirnya yang memberi kemenangan dan pertolongan ialah Allah’

Demikian ditegaskan oleh Dato’ Hj Husin Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam ucapan penutup Konvensyen Dan Munaqasyah Rakyat PAS Terengganu hari ini di Masjid Lama Kg Sura, Dungun.

Beliau menjelaskan lagi bahawa piawaian persiapan itu ialah sehingga menggerunkan musuh, samada musuh yang dikenali seperti Umno atau yang tidak dikenali, tetapi Allah tahu.

Persiapan yang perlu ialah yang bersifat fizikal, seperti jentera, termasuk harta yang diinfaqkan dan spiritual.

Apakah perkara yang menyebabkan musuh gerun? Dalam proses politik pilihanraya, antaranya bilangan ahli. Justeru, proses pendaftaran ahli seramai mungkin mesti digiatkan. Bukan sahaja semasa siri program HARAP baru-baru ini tetapi juga sekarang. PAS Terengganu akan isytihar dalam program Fastaqim nanti jumlah keahlian ini.

Kedua, jumlah daftar pemilih yang munasabah perlu ditingkatkan untuk menggerunkan musuh.

Ketiga, culaan yang tepat juga boleh menggerunkan musuh. Bukan culaan yang hanya sambil lewa sahaja.

Keempat, jentera kempen yang berkesan.

Kelima, gerakan saraf- bendera, markas dan lain-lain.

Keenam, kewangan yang mencukupi.

Ketujuh, calon berwibawa yang mampu menarik undi kepadanya.

Semua ini, walaupun boleh menggerunkan musuh tetapi ia bukan penentu mutlak kemenangan. Allah lah yang menjadikan kemenangan itu. Allah juga menjanjikan pertolonganNya kepada orang mukmin yang benar-benar berjuang.

‘ Dan menjadi perkara yang sebenar, bahawa Kami (Allah) menolong orang mukmin’

Justeru, teguhkanlah hubungan dengan Allah.

Beliau menyebut perkara ini ketika mengulas perbahasan wakil Dewan Pemuda yang membangkitkan adanya suara-suara yang meletakkan kemenangan itu hanya kepada persediaan zahir semata-mata atau kekuatan lahiriah.

Sementara itu, wakil Dewan Pemuda memuji inisiatif yang diambil oleh pihak Dewan Ulamak PAS Terengganu yang memulakan program munajat pilihanraya bagi memohon pertolongan Allah yang dibuat perasmiannya baru-baru ini di Masjid Rusila, Marang dan diteruskan di seluruh DUN menurut giliran.

{jathumbnail off}