ARAU : Kekuatan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada usrahnya, jika usrah tidak bergerak, maka tempanglah perjalanan sesuatu organisasi itu.
Justeru, Akademi Tarbiyah Pemuda (AKTAR) dan Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR/SRITI) DPPNPs dengan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Perlis telah merencana dan melaksanakan program usrah yang diberi nama Usrah Pendidik, khusus kepada semua tenaga pendidik yang berkhidmat di bawah institusi-institusi pendidikan milik PAS Perlis.
Program ini dilaksanakan secara bulanan iaitu pada minggu ketiga setiap bulan.
Usrah Pendidik Siri Pertama telah diadakan pada 19 Ogos 2017, bertempat di SRI Al-Furqan, Jejawi Dalam, Perlis dengan pengisiannya disampaikan oleh Ustaz Abu Munqiz.
Beliau yang menggunakan Kitab ‘Amal Jamaei’ karangan Almarhum Ustaz Yahya Uthman telah mengupas berkenaan peranan para guru yang bukan sahaja terhad kepada tugas-tugas mendidik, malah turut berperanan dalam membangunkan masyarakat dan negara.
{jathumbnail off}