Home Berita PAS Selangor

DPPNS | Tausiyatul Qulub “Edisi 1 Zulhijjah 1438”

825
SHARE


TAUSIYATUL QULUB

EDISI 1 ZULHIJJAH 1438H

PERSAHABATAN adalah KENIKMATAN. Sahabat yang SOLEH adalah KELAZATAN. Dan MAJLIS PARA SOLEHIN adalah WANGIAN. Itulah sebuah bandingan sebagai PEDOMAN.

Allah SWT memimpin kita tentang HAKIKAT ini. Firman Allah SWT:

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

‘Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa’- Surah Al-Zukhruf ayat 67.

Perhatikan juga bimbingan Rasulullah SAW tentangnya:

‎ مَن أحبّ لله , و أبغض لله , و أعطى لله ومنع لله , فقد استكمل الإيمان

Barangsiapa yang mencintai kerana Allah SWT, membenci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT, dan menghalang kerana Allah SWT, maka sesungguhnya telah SEMPURNALAH IMANNYA’ – Hadis Shahih Riwayat Imam Ahmad.

Itulah hakikat NIKMAT!

SAHABAT yang SOLEH itu adalah CERMIN KEMULIAAN. Ia sebuah ANUGERAH!

Benarlah sabdaan Rasulullah SAW:

‎المؤمن مرآة أخيه , إذا رأى فيه عيباً أصلحه

‘Mukmin itu adalah CERMIN saudaranya, apabila dia melihat KEAIBAN pada saudaranya, maka akan diperbaikinya’ – Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dalam Kitab Adabul Mufrad.

Bukankah cermin itu NIKMAT bagi PEMILIKNYA?

Bahkan NIKMATNYA sahabat yang soleh adalah DOA YANG MUSTAJAB. Benarlah perkataan Sayiduna Abu Bakar As-Siddiq radhiyallahu ‘anhu:

‘Sesungguhnya DOA seorang saudara kerana Allah SWT pasti DIMUSTAJABKAN!’

Cerdik pandai berpesan:

‘Manusia tanpa TEMAN SOLEH ibarat TANGAN tanpa JARI-JEMARI!’

Majlis-majlis mereka adalah WANGIAN. Ia cerminan KEBERKATAN.

 Sangat benar sabdaan Rasulullah SAW:

‎ مَثل الجليس الصالح كمثل العطار , إن لم يُعطِكَ مِن عطره , أصابك مِن ريحه

‘Bandingan majlis orang-orang soleh adalah seperti MINYAK WANGI, walaupun kamu tidak diberi minyak wangi itu, kamu tetap mendapat BAUNYA’ – Hadis Shahih Riwayat Imam Abu Dawud.

Nilai KEBERKATAN majlis orang-orang Soleh diungkap penuh HIKMAH oleh Rasulullah SAW sendiri.

Dalam hadis shahih riwayat Imam Ibnu Hibban, Sayiduna Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu pernah bertanya rasulullah SAW:

‘Wahai Rasulallah, bagaimanakah halnya dengan seorang lelaki yang mencintai satu kaum namun dia tidak mampu beramal sebagaimana amalannya?’

Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘Sesungguhnya kamu wahai Aba Dzar, bersama dengan golongan yang kamu cintai!’

Sayiduna Abu Dzar melanjutkan: ‘Sesungguhnya saya mencintai ALLAH SWT dan RASULNYA’

Nabi SAW menjawab: ‘Kamu wahai Aba Dzar bersama dengan sesiapa yang kamu cintai!’

Dalam sejarah, Sayiduna Abdullah Ibn Rawahah radhiyallahu ‘anhu antara sahabat yang sentiasa mengajak para sahabat untuk berkumpul dan bersatu kerana Allah SWT sehingga beliau seringkali menyatakan: ‘Marilah kita bersama-sama BERIMAN kepada Allah SWT!’

Ada yang pernah mengadu hal itu kepada Rasulullah SAW, lalu baginda menjawab:

‘Semoga Allah SWT merahmati Ibn Rawahah, kerana beliau menyukai majlis yang dinaungi oleh Para Malaikat!’

Sebahagian Hukama’ berpesan:

Majlis orang-orang soleh MEMINDAHKAN kamu daripada ENAM kepada ENAM:

1. Daripada SYAK kepada YAKIN.
2. Daripada RIYA’ kepada IKHLAS.
3. Daripada LALAI kepada INGAT.
4. Daripada BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk DUNIA kepada BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk AKHIRAT.
5. Daripada KESOMBONGAN kepada TAWADHUK.
6. Daripada BURUKNYA NIAT kepada NASIHAT.

Ingatlah, KERUGIAN yang sangat besar sekiranya anda kehilangan SAHABAT YANG SOLEH dan MAJLIS PARA SOLEHIN. Semoga anda tidak kehilangannya!

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Us Syeikh Muhd Mujahid
AKTAR DPPNS