Home Berita PAS Selangor

ADUN Meru Perkenal Program Foodstamp Atasi Kemiskinan

737
SHARE

ADUN Meru Perkenal Program Foodstamp Atasi Kemiskinan

Oleh: Asmaa Yusof


SHAH ALAM, 27 Julai – Projek Foodstamp kepada golongan berpendapatan rendah merupakan satu inisiatif yang dibuat oleh Pakatan Rakyat bagi mengatasi masalah kemiskinan.

Demikian kenyataan dibuat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru, Yang Berhormat Dr. Abdul Rani Osman dalam satu sesi temubual bersama wartawan Ehsan TV semalam.

Katanya, inisiatif tersebut merupakan suatu  benda yang baik dan tindakan lanjut perlu diputuskan segera oleh Exco Kerajaan Negeri.

Namun demikian, beliau turut melahirkan peringat supaya bantuan yang disalurkan mempunyai kualiti yang terbaik. Tambahnya lagi, isu pengagihan perlu dititikberatkan supaya ia sampai kepada rakyat yang berhak.

“Saya berharapkan supaya dia (foodstamp) punya kualiti kena tengok. Kadang-kadang benda tidak elok menjadi isu.

“Kadang-kadang dihantar terus ke tempat ADUN, kadang-kadang orang yang pergi ambik ada masalah.

“Ada dikalangan ADUN memberi cadangan supaya ia dihantar dalam bentuk tiket bagi diorang beli sendiri apa yang patut,” kata beliau.

Y.B Dr. Rani ketika ditanya mengenai pencapaian dan hasrat beliau kepada pengundi memaklumkan bahawa beliau akan menggunakan peluang sebaiknya menyantuni masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Saya tiap-tiap tahun dipanggil ke gereja untuk memberi ceramah. Kuil pun panggil.

“Inilah peluang kita. Sebagai Y.B. kita gunakan peluang ini untuk berikan penjelasan kepada mereka mengenai Islam,” jelas beliau mengakhiri sesi temubual.

{jathumbnail off}