Bukit Mertajam , 9 Julai 2017 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pas dan Pasti Cawangan Tasek Junjong Kawasan Bukit Mertajam meriah dihadiri 300 orang tetamu yang terdiri daripada Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Mertajam , ahli Pas Cawangan Tasek Junjong , guru pasti , murid pasti dan ibubapa mereka serta penduduk setempat .
Sambutan ini dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Tuan Syed Nazri Syed Ibrahim. Antara intipati penting yang disampaikan ialah penekanan pendidikan Islam awal mestilah diterapkan oleh ibubapa dan guru . Ibubapa perlulah memainkan peranan penting kepada anak-anak mereka supaya menjadi seorang manusia yang berbakti kepada agama , bangsa dan negara . Seterusnya menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat walaupun apa bidang yang akan mereka ceburi kelak .
Pelbagai aneka makanan sedap disediakan oleh penganjur contohnya nasi gulai daging , mee kari ,dan lain-lain lagi . Antara yang menjadi tumpuan para tetamu ialah aiskrim foodtruck yang ditaja oleh waris pasti dan makanan yang turut dibawa oleh tetamu .
Sambutan ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 12.00 tengahari
{jathumbnail off}