BITHONAH: ‘HAZAR’ YANG KIAN DILUPAKAN
Allah SWT berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan teman orang-orang yang di luar kalanganmu (seagama) ebagai teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sesungguhnya telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka adalah lebih jahat lagi. Sesungguhnya telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”
(QS. Ali Imran [3]: 118)
Tentang sebab turunnya ayat di atas, Ibnu Abbas menjelaskan:
“Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan dekat dengan beberapa orang Yahudi mengingat mereka adalah tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi di masa jahiliyah lalu Allah menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang-orang Yahudi sebagai teman dekat kerana dikhuawatiri menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas.”
(Riwayat Ibnu Abi hatim dengan sanad yang hasan).
……………….
‘Bithonah’ diambil dari kata-kata ‘bathnun’ yang merupakan kebalikan dari zahir yang bererti ‘yang nampak’.
Syeikh al-Qasyani berkata:
“Sesungguhnya bithonah ialah kekasih atau orang pilihan yang mengetahui pelbagai rahsia yang dimiliki oleh tuannya. Ianya tidak boleh berlaku kecuali setelahadanya kesamaan hidup, agama, perwatakan dan bersahabat kerana Allah dan bukannya kerana hendak kepentingan tertentu. Kerana sahabat adalah satu jiwa dalam raga yang berbeza. Jika dua orang tersebut tidak se’iman’ maka persahabatannya tentu akan segera berantakan.”
(Tafsir al-Qasimi; 2/442).
Syeikh Zamakhsyari mengatakan bahawa bithonah ialah orang kepercayaan dan orang pilihan, tempat untuk menceritakan hal-hal yang peribadi kerana merasa percaya dengan orang tersebut (Tafsir al Kasysyaf, 1/406, lihat Tafsir al Qasimi, 2/441 cetakan Darul Hadis Kaherah)
KISAH 1
Abu Musa al-Asy’ari telah melantik orang Nasrani sebagai pembantu peribadi beliau. Tugasnya ialah membuat laporan, menguruskan surat menyurat dan sebagainya.
Abu Musa al-Asy’ari berada di bawah kepimpinan Khalifah Umar al-Khattab. Pada suatu hari, Abu Musa menghadap Khalifah Umar al-Khattab dengan membawa laporan secara bertulis. Setelah laporan tersebut diserahkan kepada Khalifah Umar al-Khattab, beliau bertanya kepada Abu Musa:
“Di manakah juru tulismu? Minta dia supaya membacakannya.”
“Dia tidak masuk ke dalam masjid”, jawab Abu Musa.
Khalifah bertanya, “Mengapa? Adakah dia dalam keadaan junub?”
Abu Musa berkata, “Bukan, namun kerana dia seorang Nasrani.”
Mendengar hal tersebut, Khalifah Umar lantas mengherdik tindakan Abu Musa seraya berkata:
“Jangan dekatkan mereka kepada kalian padahal Allah telah menjauhkan mereka. Jangan muliakan mereka padahal Allah telah menghinakan mereka. Jangan percaya kepada mereka padahal Allah sudah menegaskan bahawa mereka suka khianat terhadap amanah.”
Khalifah Umar juga pernah mengatakan, “Janganlah kalian mengambil ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sebagai pembantu peribadi kerana mereka menghalalkan suap. Untuk menyelesaikan urusan kalian dan urusan rakyat kalian maka manfaatkanlah orang-orang yang merasa takut kepada Allah.”
………………..
KISAH 2
Dari Abu Dahqonah, ada yang berkata kepada Khalifah Umar al-Khattab:
“Ada seorang budak lelaki Nasrani dari daerah Hirah yang paling jaguh dalam hal ehwal penulisan dan terkenal sebagai seorang yang amanah. Setujukah anda (Khalifah Umar al-Khattab) seandainya dia menjadi pembantu peribadi anda?”
Dengan tegas, Khalifah Umar menyatakan, “Jika demikian bererti aku telah menjadikan non muslim sebagai orang kepercayaanku.”
(Riwayat Ibnu Abi Hatim dengan sanad yang sahih)
………………..
KISAH 3
Ketika Nabi SAW bersiap menuju ke medan Perang Badar, seorang lelaki kafir berjumpa Rasulullah SAW untuk meminta izin turut serta dalam peperangan Badar. Kemudian, Rasulullah SAW bertanya adakah kamu Islam?
Dia berkata “Tidak”.
Rasulullah SAW bersabda: “Pergi! Kami tidak perlukan kepada pertolongan orang-orang kafir.”
Lelaki itu beredar. Tetapi setelah beberapa ketika dia datang lagi dan meminta izin. Rasulullah SAW tetap mengulangi jawapan yang sama sehinggalah dia datang untuk kali ketiga dan Rasulullah SAW bertanya adakah dia sudah masuk Islam, lalu dia berkata; “Aku masuk Islam sekarang.” Barulah Rasulullah SAW izinkannya.
………………
Imam Qurtubi mengatakan, “Keadaan telah berubah secara total pada masa kini. Yahudi dan Nasrani diangkat sebagai para juru tulis dan menjadi orang-orang kepercayaan. Hal tersebut bahkan menjadi kebanggaan bagi para penguasa yang kurang faham tentang agama.”
Imam Qurtubi meninggal dunia pada 29 April 1273. Jika pada masa itu sudah ramai pihak penguasa menjadikan orang kafir (Yahudi dan Nasrani) sebagai Bithonah, maka apatah lagi pada zaman kita ini.
Qotadah mengatakan:
“Ungkapan permusuhan telah nampak jelas melalui mulut orang-orang munafik ketika berada di hadapan orang-orang kafir yang sejalan dengan mereka. Mereka katakan bahawa mereka berhasil menipu Islam dan umat Islam serta menyampaikan ungkapan rasa benci terhadap orang-orang yang beriman.” Beliau juga mengatakan, “Yang mereka sembunyikan dalam dada-dada mereka itu lebih besar dibandingkan yang mereka tonjolkan dengan lisan mereka.”
(Riwayat Thabari dengan sanad yang hasan)
……………
Rasa benci yang disembunyikan oleh orang-orang kafir itu jauh lebih besar lagi berbanding apa yang dinampakkan dengan mulut mereka.
Sunnah perjuangan itu akan tetap ada. Lagi-lagi pada zaman kita yang mana Islam itu ditindas dan golongan munafik semakin meningkat. Sepatutnya kita kena lebih berwaspada terhadap golongan kafir. Jangan sampai kita biarkan mereka mengetahui hal ehwal rumah tangga kita walaupun pada zahirnya kita nampak mereka itu baik.
‘Hazar’ atau sikap berhati-hati itu mestilah ada walaupun kita berada di situasi yang aman bak kata pepatah Melayu “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”.
Muhammad Faris Mahfuz bin Zakria
Kaherah, Mesir
*Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media DUPP
{jathumbnail off}