Anak Muda Cakna Sejarah : Infiltrasi Musuh Dalam Saff Kaum Muslimin
Islam & Etika Hubungan Luar
Dalam menjalankan pentadbiran Islam, atau dakwah individu, kaum muslimin pasti akan berurusan dengan kelompok bukan Islam.
Urusan seperti jual beli, perubatan, pembelajaran dan kehidupan berjiran merupakan keharusan yang diizinkan syarak.
Bahkan umat Islam sangat dituntut agar menyampaikan dakwah kepada non muslim.
Dakwah seringkali menuntut pendakwah bersikap benar dan menonjolkan keramahan dan kelembutan kepada sasaran dakwah.
“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang pernah kamu musuhi di antara mereka. Allah Mahakuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan mereka sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampung halamanmu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim.”
Jangan Melampaui Batas
Namun bukan setiap masa dan ketika kita dituntut bersikap lembut terhadap golongan kafir.
Apabila sasaran dakwah menzahirkan penentangan dan permusuhan terhadap islam dan perjuangan menegakkannya, maka kaum muslimin mesti bersikap tegas dan menunjukkan keperkasaan terhadap mereka.
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka..” (Al-Fath, 29)
Berwaspada Terhadap Kumpulan Kafir dan Munafiq.
AlQuran menggariskan batas perhubungan antara orang beriman dan orang yang kufur.
Walaubagaimana baik sekalipun hubungan kemanusiaan yang terjalin, Islam melarang orang beriman mengambil kafir dan munafik menjadi orang kepercayaan yang menyimpan rahsia-rahsia orang mukmin.
Ini merupakan arahan AlQuran yang terkandung di dalam Surah Aal Imran, ayat 118.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.”
Kewaspadaan Sifat Lazim Seorang Mukmin
“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu (dengan berwaspada terhadap musuh), dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!” (An-Nisaa, 71)
Islam sangat menitik beratkan sifat waspada dalam diri umatnya.
Sikap licik seorang munafik sangat membahayakan nasib umat Islam. Hal ini kerana mereka sangat mahir dalam aspek penyamaran dan bermanis muka. Hatta Saidina Umar r.a sekalipun, mengenali kebanyakan munafiq sebagai orang yang bersikap dengan kebaikan dan wara’.
Apalagi dalam situasi hari ini, wujudnya individu-individu yang tidak dikenalpasti asal usulnya, adakah menjadi lambang kebijaksanaan mukmin apabila mereka ini dilantik sebagai orang kanan yang terpercaya dalam gerakan Islam?
Seseorang yang dinaikkan sebagai ‘orang kuat’ / ‘orang dalam’ sesebuah gerakan Islam mesti mempunyai latar belakang yang jelas dan tidak bersifat misteri, tidak kira non muslim ataupun muslim, lelaki dan perempuan.
Orang kepercayaan sepatutnya diambil dari kalangan mereka yang beriman lagi amanah. Perlu disedari, kepimpinan merupakan amanah besar di dalam Islam.
? Sampai Bila Mahu Mengulangi Sejarah Hitam?
Siri kejatuhan kuasa pemerintahan atau gerakan Islam seringkali melibatkan watak intelijen musuh, agen perisikan sekaligus pengkhianat organisasi Islam.
Umat Islam di Acheh dikhianati ejen Belanda : “Kiyai Haji” Abdul Ghaffar @ Snouck Hurgronje.
Gerakan Islam di Indonesia dihancurkan atas ‘jasa’ Ali Moertopo, individu yang mempunyai hubungan rapat dengan CIA.
Dalam Peristiwa Malari (Malapetaka 15 Januari), Masyumi dikambinghitamkan yang mana Ali Moertopo disebut sebagai dalang. Begitu juga dengan Komando Jihad, yang menyaksikan penangkapan aktivis Islam secara beramai-ramai.
Bukan sekadar watak lelaki, musuh turut merekrut watak wanita dalam usaha memporak perandakan gerakan Islam.
Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya dijatuhkan ketika berlaku Revolusi Agung Arab, hasil peranan Sarah Aaronsohn (heroine of Nili) yang berkhidmat kepada British.
Dirapati Jamal Basya panglima tentera Uthmaniah, lalu dipengaruhi dan dikawal hingga menyumbang kepada kekalahan Uthmaniyah berdepan Blok Sekutu(Allies).
Antara watak lain yang terkenal adalah Amina Dawood Al-Mufti.
Berasal dari bumi Jordan, kerana cinta dan gilakan lelaki beragama Yahudi(Judaism) yang ditemuinya semasa melanjutkan pengajian di Vienna, Amina sanggup menjual prinsip agamanya.
Setelah murtad, dia turut berpaling tadah dengan memberi kesetiaan kepada musuh Islam dan menggadaikan tanah watannya sendiri.
Amina berkahwin dengan suaminya yang merupakan juruterbang Israel. Bagi menuntut balas atas kematian suaminya ditangan orang Arab (Syria / Palestin), dia mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai ejen Mossad.
Perisikan dilakukan dengan mengambil kesempatan atas tugasnya sebagai Dr perubatan di Palestin. Akhirnya setelah terdedah identiti sebenar dirinya, Amina dihukum bunuh di Palestin.
Kisah di atas merupakan catatan sejarah yang masyhur, tetapi kian dilupakan.
Islam menekankan kepentingan sejarah dan seorang mukmin tidak sepatutnya jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali.
Sofia Alwani Ali
7 Julai 2017
*Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media DUPP
{jathumbnail off}