Home Surat Pembaca

Dato’ Husam keliru dan cuba mengelirukan

469
SHARE

Dato’ Husam gagal memahami kenyataan YB. Dato’ Haji Anuar Tan bin Abdullah di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Berkenaan tuduhan Dato Husam yang menyebut Dato Anuar Tan berbohong di dalam Sidang DUN terhadap isu Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. yang didaftarkan alamatnya di Berek 12.

Secara jelas Dato’ Anuar Tan menyebut, ‘alamat berdaftar’. Bermakna, itulah alamat yang syarikat Climate Protector daftarkan di SSM. Di sini jelas, YB Dato’ Anuar Tan tidak berbohong di dalam dewan, bahkan Dato’ Husam lah yang cuba mengelirukan rakyat.

Apabila pihak Dato Husam sendiri pergi ke ‘alamat berdaftar Climate Protector’ di berek 12 baru-baru ini, secara tidak langsung Dato Husam telah mengesahkan kenyataan YB Dato’ Anuar Tan di Sidang DUN bahawa syarikat tersebut sememangnya berdaftar di situ. Rujuk pada SSM dan senarai syarikat (dalam gambar di bawah) yang berada di bawah Setiausaha Syarikat bernama Erra Management & Secretarial Service yang beralamat di Berek 12 tersebut. Secara jelas Syarikat Climate Protector Sdn Bhd didaftarkan di situ (Nombor 13 di dalam senarai).

Dato Husam selalu mengaku, Dato Husam disayangi ATGNA. Beginikah cara kerja orang yang disayangi ATGNA. Saya rasa ini bukan Dato Husam yang dulu, mungkin kesan daripada serangan penyakit “Bell’s Palsy” (kerosakan saraf ke-7 daripada 12 saraf), Dato Husam hilang pertimbangan terhadap kawan dan lawan. Saya sebagai seorang kawan yang sayang kepada Dato Husam mengharapkan agar Dato banyak-banyak berehat, jangan terlalu stress.

Bersabarlah Dato, pilihanraya mungkin lambat lagi. Jangan dikejarkan sangat jawatan Menteri Besar. Saya bimbang Dato tidak akan sampai ke garisan penamat. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.