Home Berita PAS Terengganu

Syarikat Bekerjasama Dengan TM Tamatkan Kontrak 200 Anak Terengganu

6
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sebuah syarikat penyumberluaran CXL Executive Sdn Bhd yang bekerjasama dengan anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia (TM), VADS BP, akan menamatkan kontrak 200 orang anak Terengganu yang diambil bekerja bermula 22 September lalu.

Dalam surat yang dihantar kepada kepada pekerja terbabit, bertajuk ‘Penamatan Projek’ CXL Executive Sdn Bhd, syarikat tersebut kesal kerana akan menamatkan jawatan ‘Khidmat Pelanggan Profesional – Pusat Perhubungan Kebangsaan’ pada 1 Januari 2026.

“Keputusan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan semula perniagaan dalaman VADS BP – ‘BUDI MADANI Contact Centre’. Oleh itu kamu diberikan satu bulan notis,” menurut surat tersebut yang ditandatangi oleh Ketua Pegawai Operasi syarikat itu.

Menurut salah seorang daripada mereka, ia bertentangan dengan janji awal syarikat yang menyatakan akan mengambil mereka bekerja sekurang-kuranya enam bulan.

“tapi tak sampai tiga bulan kami diberikan notis, saya tak faham kerana kerja kami menjawab panggilan dan pertanyaan berkenaan projek BUDI MADANI kerajaan persekutuan,

“bos kata, BUDI MADANI gagal, tapi tak tahu apa maksudnya,” katanya yang tidak mahu dilkenali.

Sehubungan itu, satu sumber memaklumkan, ada pendapat dan laporan yang menyatakan BUDI MADANI, terutama skema BUDI MADANI RON95 (Budi95) dianggap gagal, atau sekurang-kurangnya, gagal memenuhi semua janji dan jangkaan.

Kerajaan memperkenal Budi95 untuk menyasarkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat yang layak, menggunakan MyKad dan lesen memandu, supaya subsidi tidak disalah guna oleh bukan warganegara.

Matlamatnya ialah menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan salurkan penjimatan kepada bantuan sosial lain.

“Skema ‘bersasar’ dikritik sebagai tidak benar-benar bersasar kerana subsidi kini boleh diakses oleh semua warganegara yang ada lesen memandu,

“tanpa syarat pendapatan. Ini bermakna subsidi tetap meluas, bukan ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah.” menurut sumber itu.