Home Berita PAS Terengganu

Empat Sungai di Terengganu Lepasi Paras Amaran, Dua Waspada

2
SHARE

KUALA TERENGGANU – Empat sungai di dua daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat jam 10 pagi Rabu berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

Berdasarkan data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, dua sungai melepasi paras bahaya di Setiu iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok kini berada di paras 9.54 meter (bahaya 8.40 meter),Sungai Setiu di Kg Besut pula di paras 17.70m (bahaya 17.50m)

“Di Besut pula melibatkan dua sungai iaitu Sungai Besut di Kampung La  di paras bahaya  21.82m (bahaya 21.80m) dan Sungai Besut di Kampung Keruak di paras 36.58m (bahaya 35.00m),” ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu, di Hulu Terengganu sungai yang melepasi paras waspada di Sungai Terengganu di kg Sekayu kini mencatatkan bacaan 19.11m berbanding paras normal 19.00m.

Di Setiu, ia membabitkan Sungai Nerus di Kg Langkap  dengan bacaan 20.43m berbanding paras normal 20.00m.

Kesemua sungai di Terengganu menunjukkan trend menaik susulan hujan berterusan yang melanda negeri ini sejak malam tadi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi MetMalaysia.

Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui hotline 1-300-22-1638