Home Berita PAS Terengganu

136 Mangsa Dipindahkan, 7 PPS Dibuka di Terengganu Pagi Ini

1
SHARE

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di negeri ini menunjukkan peningkatan apabila dua daerah mula terjejas dengan pembukaan tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8.00 pagi, hari ini.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu yang dikemas kini pada jam 7.00 pagi, seramai 136 mangsa daripada 39 keluarga telah dipindahkan.

Daerah Besut mencatat jumlah perpindahan tertinggi dengan 90 mangsa ditempatkan di lima PPS, manakala Marang merekodkan 46 mangsa di dua PPS.

Laporan juga menunjukkan taburan mangsa terdiri daripada 36 lelaki, 29 perempuan, 13 kanak-kanak lelaki, 11 kanak-kanak perempuan, serta seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan.

Enam daerah lain iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus tidak merekodkan sebarang pembukaan PPS setakat ini.

Untuk maklumat atau bantuan kecemasan, orang ramai boleh menghubungi Talian BGBN di 09-623 6655 atau 09-623 6622.