KUALA NERUS – Kejohanan Badminton Tertutup Tepoh Cup 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh sengit dan bersemangat di Dewan Masyarakat Tok Jiring, Tepoh.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Terengganu merangkap ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, turut hadir menyaksikan perlawanan akhir serta menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan yang menghimpunkan pemain berbakat dari seluruh kawasan Tepoh itu berlangsung meriah, memperlihatkan semangat kesukanan, disiplin, dan persaingan sihat dalam kalangan peserta.Dalam Kategori Novis BC/CC, pasangan regu Muhammad Tarmizi Zakaria dan Zainin Wahid muncul sebagai juara.
Sementara itu, Kategori Veteran menyaksikan pasangan regu Tuan Hadi Shamree Tuan Shaari dan Rohisham Mohd Ismail dinobatkan sebagai juara.

Mengangkat tema “Dalam Court Kita Berlawan, Luar Court Kita Berkawan”, kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan, malah mengeratkan hubungan komuniti dan memupuk semangat setiakawan.Tepoh Cup dijangka diteruskan lagi pada edisi akan datang dengan penyertaan yang lebih besar, penyertaan lebih luas dan penganjuran lebih meriah, selari dengan minat belia Tepoh terhadap pembangunan sukan setempat.






