TAWAU – Lebih separuh Dari rumah-rumah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai telah diziarahi oleh calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS, Haji Hasan Haris.
Beliau bersyukur, dengan kesungguhan petugas tempatan dan sokongan pembantu daripada PAS Terengganu dan Melaka, jentera kempen digerakkan dengan jayanya.
“Alhamdulillah, sasaran kita nak naik ziarah 75 peratus buah rumah belum tercapai, namun sudah 50 peratus,

“semua keluarga saya di Simpang Tiga, Tanah Merah, Pengkaaan Asli, Kampung Berlian, Kampung langsat Dan Kuala Merotai Dan lain-lain,” jelas beliau.
Tambah beliau, selebihnya akan diusahakan dalam masa tiga hari lagi berkempen, sebelum hari mengundi pada 29 November.
Beliau berkata demikian dalam taklimat di Kampung Sungai Imam, pada pettang Isnin, 24 November.

Justeru beliau yakin, dengan izin Allah akan berlaku satu perubatan lanskap politik baharu dalam DUN Merotai dan di Sabah, ‘Negeri Di bawah Bayu’.
“Saya ucap terima kasih kepada usaha saudara saudara semua yang datang dari jauh untuk membantu saya,
“Insya-Allah kita berusaha sebaik mungkin, dengan izinNya jua akan diberikan kemenangan kepada kita semua,” ujar beliau.





