Home Berita PAS Terengganu

525 Veteran ATM, Balu Terima Sumbangan Bakul Makanan

1
SHARE

DUNGUN – Seramai 525 orang Veteran ATM, termasuk mereka yang tidak berpencen serta para balu wira negara, menerima sumbangan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan PAS kepada kebajikan mereka.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, pemberian tersebut sangat kecil berbanding jasa mereka

“walaupun nilai sumbangan ini mungkin tidak sebesar pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan, namun ia diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan seharian.

“saya sentiasa menegaskan bahawa kebajikan Veteran ATM perlu menjadi salah satu keutamaan dalam agenda pembangunan daerah dan negara,” tegas Ahli Parlimen Dungun itu.

Beliau selaku Penaung Persatuan Veteran ATM Cawangan Dungun berkata demikian pada Majlis Sumbangan Bakul Makanan Kepada Ahli Persatuan Veteran ATM Cawangan Dungun, di sini hari ini.

Ustaz Wan menambah, golongan veteran pertahanan negara negara adalah aset penting yang tidak boleh kita lupakan.

“Mereka telah memberikan tenaga, masa, dan sebahagian besar hidup mereka untuk mempertahankan tanah air yang kita cintai ini.

“Saya amat menghargai usaha Persatuan Veteran ATM Dungun yang sentiasa proaktif dalam menjaga kebajikan ahlinya.” jelasnya.

Justeru, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, para sukarelawan, dan jawatankuasa program yang telah memastikan majlis tersebut berlangsung dengan teratur dan penuh bermakna.

“Saya doakan semua Veteran ATM dan keluarga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan, dan kesejahteraan.

“Semoga hubungan erat antara persatuan dan masyarakat akan terus kukuh demi memastikan kebajikan veteran terus terpelihara.” ujar beliau