Home Berita PAS Terengganu

Lebih 200 Orang Saksi ‘Kafankan Orang Hidup’

1
SHARE

KUALA TERENGGANU – Lebih 200 orang mendalami ilmu pengurusan jenazah secara teori dan menyaksikan secara praktikal bagaimana mengkafankan mayat, dengan model hidup dalam kalangan peserta yang hadir.

Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Ustazah Fadilah Syed Hamid berkata, program fardu kifayah tersebut bertujuan melahirkan lebih ramai individu mahir dengan diberikan pendedahan termasuk kaedah memandikan sehingga selesai segala urusannya.

“sasaran kita hanya 100 orang, tetapi yang hadir lebih 200 peserta. Alhamdulillah, peserta sangat berpuas hati dan kita berharap lebih ramai dapat menguasai ilmu ini.

“Masih ramai yang kurang mahir dalam pengurusan jenazah, jadi program seperti ini sangat penting,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, program ini wajar diteruskan memandangkan jumlah individu yang benar-benar mahir dalam pengurusan jenazah di kawasan Besut masih sedikit.

“Program ini bukan sekadar ceramah, tetapi turut melibatkan latihan praktikal supaya peserta benar-benar mampu menguruskan jenazah dengan betul dan selamat.

“Tidak ramai yang boleh menguruskan jenazah. Sebab itu saya berharap semua DUN dapat menganjurkan program seperti ini secara berkala agar lebih ramai yang mampu mengendalikan urusan jenazah selepas ini.

“Dalam DUN saya sendiri, saya tekankan supaya mereka yang berminat bukan hanya datang belajar, tetapi benar-benar menguasai kemahiran tersebut,” ujarnya.

Justeru itu, beliau turut menyeru agar program seumpama ini diteruskan di setiap DUN bagi memastikan ilmu yang sangat berharga ini dapat dikuasai lebih ramai anggota masyarakat.