TAWAU – Isu banjjir yang saban tahun melanda kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai telah berlanjutan sekian lama dan belum ada jalan penyelesaian.
Calon Perikatan Nasional (PN) DUN tersebut, Hasan Haris berkata, seingat beliau banjjir setiap tahun melanda DUN tersebut sejak beliau kecil lagi dan kini beliau mengumpulkan pandangan warga untuk mencadangkan solusi bagi masalah tersebut.
“Isu banjir ini memang biasalah bagi Merotai. Saya pun dapat aduan orang ramai dan mereka yang saya jumpa beri cadangan,

“Ada yang berkata, kita kena meluruskan sungai yang bengkang bengkok jadi macam ‘highway’, apabila lurus begitu, maka aliran sungai berjalan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberikan maklum balas dalam program ‘Apa Cerita Merotai’, Sembang Santai bersama pengundi DUN tersebut melalui ‘LIVE TikTok’, semalam.
Dalam program yang sama, beliau yang memiliki sijil Perakuan Perancang Kewangan (Certified Fnancial Planner – CFP), memberikan panduan bagaimana mahu merancang kewangan peribadi, kepada hampir 38, 000 netizen yang mengikuti siaran itu.

“Saya pernah ada seorang kawan yang kerja bank, yang ada pendapatan bulanan tetapi wang habis setiap bulan, jadi tiada simpanan.
“Saya cadangkan setiap orang ada sekurang-kurang 20 peratus simpanan daripada gaji bersih yang diterima.
“Terpulanglah ke mana mahu disimpan duit tersebut samada dalam tabung Haji, ASNB Dan lain-lain,” jelasnya.

Beliau turut ditanya pasukan mana dalam Liga Liga Perdana Inggeris yang disokong, katanya beliau menyokong pasukan ‘Liverpool FC’ dan berseloroh kepada penyokong ‘Manchester United’ supaya turut mengundi beliau, pada 29 November nanti.
Beliau memaklumkan program LIVE TikTok santai tersebut akan ke udara setiap hari pada jam 11.30 malam melalaui akaunnnya https://www.tiktok.com/@hasanharis25






