Home Berita PAS Terengganu

Terengganu Tubuh Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2027

4
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan menubuhkan sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2027 bagi memperkasakan gerak kerja mempromosikan Terengganu dan akan mengerakkan sinergi pelbagai pihak.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekretariat yang akan ditubuhkan itu akan melibatkan pelbagai entiti kerajaan, anak syarikat kerajaan negeri (GLC), pihak swasta, penggiat industri dan wakil komuniti.

“Negeri Terengganu mesti menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagai batu loncatan, terutamanya bagi meningkatkan ketibaan pelawat asing ke negeri ini.

“Oleh kerana itu, program-program yang bertaraf antarabangsa seperti Sultan Mizan International Photography Award, Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Melayu Nusantara akan dilaksanakan sebagai antara tarikan utama,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2026, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.