Home Berita PAS Sabah

Temasya Sukan PASTI Lahad Datu angkat syiar Islam

11
SHARE

 

Oleh : Nur Marlyannah Umar
9 November 2025, Ahad

LAHAD DATU: Temasya Sukan PASTI Lahad Datu 2025 telah berlangsung yang melibatkan 7 buah PASTI, pagi tadi.

Temasya ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu Tan Chin Khoon, ianya bertujuan untuk mendekatkan institusi PASTI dengan masyarakat dan mengangkat syiar Islam dalam kalangan penduduk setempat.

Menurutnya, sukan ini juga merupakan medium untuk anak-anak mengembangkan kemahiran sosial dengan rakan-rakan.

“Sukan ini juga mendidik anak-anak agar tetap melaksanakan perintah Allah seperti menutup aurat dan menjaga waktu solat semasa menjalankan aktviti sukan,” tambahnya lagi.

Penyelaras Program, Yusmedzar Bacho berkata, ia merupakan medan yang baik untuk memupuk semangat bekerjasama, toleransi dan persaingan yang sihat antara anak-anak PASTI.

“Temasya ini dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan warga PASTI khususnya anak-anak PASTI, ibu bapa dan pihak penganjur.

“Dalam masa yang sama, ia dapat mencungkil bakat kesukanan dan menanam nilai-nilai Islam yang murni melalui aktiviti bersukan,” ujarnya lagi.

Pihak penganjur juga tidak ketinggalan menyediakan acara terbuka kaum lelaki iaitu 4×100 meter antara Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI.

Johan keseluruhan Temasya Sukan PASTI Lahad Datu kali ini dinobatkan kepada PASTI Al-Hidayah yang telah memperoleh 6 emas yang telah mengalahkan PASTI An-Najah yang memperoleh 3 emas.

Turut hadir bersama ke Temasya tersebut, Naib Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Landari Labobo.

SHARE
Previous article27 Bekas Ahli Umno Sertai PAS