
Oleh: Nur Marlyannah Umar
8 November 2025, Sabtu
LAHAD DATU: Program yang melibatkan lebih 400 orang murid PASTI itu adalah bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup yang sihat di usia yang lebih muda, kelmarin.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Lahad Datu, Hilmi Hairie, menzahirkan ucapan tahniah kepada PASTI Lahad Datu atas penganjuran program yang cukup bermakna itu.
Menurutnya lagi, program itu dianjurkan untuk menyahut seruan objektif 5C Celik Cerdas yang dinyatakan dalam kokurikulum PASTI.
“Semoga dengan program seperti ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja menitikberatkan dari segi intelektual, tetapi menjadi generasi yang sihat dan menjaga tubuh badan dengan melakukan senaman yang bersifat santai seperti ini.
“Saya harap program seperti ini juga mampu mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga PASTI khususnya,” ujarnya lagi di Padang Polis Marin Lahad Datu.
Aktiviti senamrobik turut diadakan dalam program berkenaan sebelum memulakan aktiviti larian bersama ahli keluarga.
Hadir sama dalam program itu ialah, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Landari Labobo.





