Home Berita PAS Terengganu

300 Anggota Amal siap siaga hadapi MTL

9
SHARE

KUALA TERENGGANU- Seramai 300 orang anggota jabatan amal Terengganu sudah siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana musim Tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).

Komander Jabatan Amal Terengganu, Mohd Hasmizi berkata, taklimat kepada bilik -bilik gerakan kawasan di lapan daerah sedang digerakkan.

“Taklimat gerak kerja, penyusunan pegawai operasi lapangan untuk bantuan menyelamat, kelengkapan aset, location bilik operasi,dan carta aliran bilik operasi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, musim tengkujuh kali ini dijangka berlaku berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), bermula pada awal November 2025 dan berterusan sehingga Mac 2026.

“Episod hujan lebat dijangkakan akan berlaku antara lima hingga tujuh episod dan hujan turun dengan lebat berterusan sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya

Beliau menambah hujan lebat akan tertumpu di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Namun begitu, menurutnya lagi, pada Disember 2025 hingga Januari 2026 episod hujan lebat berterusan dijangka beralih ke Johor, Sabah dan Sarawak.