Manfaat LRT Mutiara Line
Projek LRT Mutiara Line, yang sedang dalam fasa pembinaan, dijangka memberi manfaat utama kepada penduduk di kawasan bandar Pulau Pinang dan sekitarnya sahaja.
LRT ini akan menyediakan mod pengangkutan awam yang lebih moden, cekap dan berkapasiti tinggi untuk penduduk Pulau Pinang.
Namun ia hanya laluan ini hanya akan meningkatkan kemudahan perjalanan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Penang Sentral
Di kawasan yang padat seperti Pulau Pinang, LRT akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang teruk, terutamanya di Bayan Lepas dan kawasan industri. Ini membolehkan rakyat menjimatkan masa perjalanan dan meningkatkan produktiviti.
Sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, LRT dijangka menjadi pemangkin pembangunan ekonomi bandar dan merangsang pertumbuhan komersial serta perumahan berhampiran stesen-stesennya.
Pulau Pinang telah mempunyai beberapa jalan lingkaran utama, termasuk Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) yang mengelilingi George Town, Jalan Lingkaran Dalam George Town yang terletak di pusat bandar, dan Jalan Lingkaran Tengah Pulau Pinang yang merangkumi Jalan Scotland, Green Lane dan Jalan Tengku Kudin.
Jumlah Penduduk
Pulau Pinang mempunyai jumlah penduduk yang hampir sama dengan Kelantan, tetapi jauh lebih ramai berbanding Terengganu. Pada tahun 2024, Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing mempunyai sekitar 1.8 juta penduduk, manakala Terengganu pula sekitar 1.2 juta penduduk.
Pulau Pinang: Kira-kira 1.8 juta (2024), Kelantan: Kira-kira 1.8 juta (2024) dan Terengganu: Kira-kira 1.2 juta (2024)
Kos LPT3 Dan Kos projek LRT Mutiara Line
Kos yang dicadangkan bagi projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dianggarkan RM9.8 bilion, satu peningkatan yang besar berbanding anggaran awal pada 2009 iaitu RM2.867 bilion.
Peningkatan ini berlaku kerana model pembiayaan yang diubah kepada sistem tol sepenuhnya (pembinaan, operasi, dan pemindahan) melalui perkongsian awam-swasta (PPP).
Setakat Februari 2025, projek LPT3 masih belum dimuktamadkan. Pihak kerajaan masih mengkaji daya maju projek tersebut, termasuk kesediaan syarikat konsesi untuk melaksanakannya.
Laluan lebuh raya: Lebuh raya ini dicadangkan untuk menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu, ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan.
Anggaran kos tol dari hujung ke hujung (Kampung Gemuroh ke Kampung Tunjong) dijangka sekitar RM70, menimbulkan persoalan mengenai daya saingnya.
Kos bagi projek LRT Mutiara Line dianggarkan berjumlah RM16.8 bilion, meningkat daripada anggaran asal RM10 bilion pada tahun 2016. Peningkatan kos ini mencerminkan keadaan pasaran semasa dan lanjutan jajaran projek hingga ke Penang Sentral.
Anggaran kos asal: RM10 bilion (tahun 2016) dan anggaran kos semasa: RM16.8 bilion
Keadaan pasaran semasa dan lanjutan jajaran daripada Pulau Silikon ke Komtar kepada Penang Sentral di Butterworth, yang meningkatkan kos sebanyak RM3 bilion kepada RM13 bilion.
Kesimpulannya, LPT3 memberi fokus kepada penyambungan jaringan lebuh raya dan pembangunan kawasan yang lebih luas, manakala LRT Mutiara Line menekankan penyelesaian masalah kesesakan di kawasan bandar dan perindustrian yang padat.





