Home Berita PAS Terengganu

Tidak Wajar Jemput Donald Trump ke Malaysia – Khalil

17
SHARE

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Batu Burok) Muhammad Khalil Abdul Hadi menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 pada 26 Oktober ini.

Menurut beliau, langkah itu tidak wajar memandangkan Trump pernah menjadi antara penyokong utama rejim Zionis Israel.

“Kita sebagai rakyat Malaysia menganggap bahawa Donald Trump ini kedudukannya sama seperti Benjamin Netanyahu. Amerika Syarikat di bawah pimpinan Trump adalah antara penyokong terbesar Israel dari segi kewangan, senjata dan pelbagai bantuan lain,” katanya.

Dr. Khalil menegaskan, Malaysia perlu berhati-hati agar tidak menghantar mesej yang salah terhadap perjuangan membela Palestin.

“Rakyat Malaysia sentiasa bersama Palestin. Jangan sampai kita mengguris perasaan mereka dengan meraikan tokoh yang pernah menyokong kezaliman terhadap umat Islam,” ujarnya.