Home Rencana PAS Wilayah

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

107
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Wilayah Persekutuan dengan penuh rasa syukur dan sukacita mengucapkan tahniah kepada  Ustaz Azhar Bin Yahya atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan bagi sesi 2025 – 2027.

Pelantikan ini diyakini akan mengukuhkan lagi kepimpinan PAS di Wilayah Persekutuan, seterusnya memperkukuh agenda dakwah, kebajikan, dan pembangunan masyarakat selaras dengan matlamat perjuangan Islam.

Saf kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan, kebijaksanaan, dan taufiq kepada beliau dalam memimpin jentera PAS Wilayah Persekutuan dengan penuh amanah, ikhlas dan istiqamah.

Kami juga menyeru seluruh ahli PAS, para pendokong, serta masyarakat umum untuk terus memberikan sokongan padu terhadap usaha-usaha dakwah, pendidikan dan kebajikan yang akan diterajui oleh kepimpinan baharu ini.

Semoga dengan kepimpinan baharu ini, PAS Wilayah Persekutuan akan terus menjadi wadah politik Islam yang memimpin perubahan ke arah kesejahteraan ummah dan negara.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan