Home Berita PAS Terengganu

PB Hotel lancar Newsletter perkukuh jenama dan tingkatkan keterlihatan

5
SHARE

KUALA TERENGGANU – Paya Bunga(PB) Hotel melancarkan Newsletter PB Hotel sebagai salah satu langkah proaktif untuk memperkukuh jenama serta meningkatkan keterlihatan hotel itu di mata pelanggan dan rakan strategik.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PB Hotel, Ahmad Shah Muhamed berkata penerbitan berkenaan bertujuan memperluas capaian maklumat kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan, di samping meluaskan jaringan hubungan dengan pelbagai pihak berkepentingan.

“Melalui newsletter ini, PB Hotel dapat menyampaikan perkembangan, promosi, pencapaian serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara konsisten dan berkesan

“Saya percaya inisiatif tersebut akan menjadi nilai tambah dalam memperkasakan komunikasi serta membina hubungan yang lebih erat dengan semua pihak,” katanya ketika merasmikan pelancaran Newsletter PB hotel di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Komunikasi Korporat serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan tersebut.

Ahmad Shah optimis Newsletter PB Hotel akan berkembang menjadi salah satu medium utama yang mengukuhkan lagi reputasi hotel itu sebagai hotel patuh syariah atau Muslim Friendly di Bandar Kuala Terengganu, yang menawarkan hospitaliti terbaik di negeri Terengganu.