Home Berita PAS Terengganu

Sasaran 1.1 Peratus KDNK pertanian disifatkan langkah undur ke belakang

12
SHARE

BESUT – Sasaran peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian Terengganu sebanyak 1.1 peratus seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai langkah mengundur ke belakang berbanding pencapaian semasa dan potensi sebenar negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim, berkata pada tahun 2023 sektor pertanian negeri merekodkan kadar pertumbuhan meningkat, malah Terengganu turut mencatat pegangan tertinggi negara dalam bidang pertanian dan penternakan berdasarkan Banci Pertanian 2024.

“Kalau sebelum ini kita mampu capai 7.4 peratus, tiba-tiba sekarang disasarkan hanya 1.1 peratus, ini seperti kita melangkah ke belakang.

“Sepatutnya kita berjalan ke hadapan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas perasmian Seminar Amalan Akuakultur Baik (myGAP) Ke Arah Keterjaminan Makanan Dan Penyerahan Insentif Perikanan di Dewan Auditorium UniSZA, Kampung Tembila, hari ini.

Katanya, beliau turut mengulas mengenai perbahasan Ahli Parlimen Kemaman, Dato Sri Dr Ir Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Sidang Parlimen.

Menurut Azman, Pelan Strategik Terengganu 2024–2030 menetapkan sasaran pertumbuhan sektor pertanian negeri pada kadar 10 hingga 12 peratus menjelang 2030, yang dilihat lebih munasabah dan berpijak di bumi nyata.

“Jadi itu pendirian yang kita nak beri.

“Mungkin kita perlu berkunjung ke Kementerian untuk adakan perbincangan,” ujar beliau lagi.PAS Terengganu