BESUT – Pondok Raudhatul Muhammadi Kampung Nibung dekat sini, merayu sumbangan orang ramai bagi menyiapkan pembinaan bangunan untuk blok warga emas yang menelan kos kira-kira RM85,000.
Mudirnya, Ustaz Abdul Hadi bin Muhammad berkata, pembangunan tersebut masih menerlukan dana sebanyak RM55,900 untuk siap sepemuhnya menjelang awal tahun depan.
“projek berkenaan telah bermula sejak Mac 2025, dan telah siap 35 peratus dengan sasaran siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
“Kami amat mengharapkan sokongan masyarakat untuk sama-sama membantu menyempurnakan pembinaan ini.” ujar beliau.

Menurutnya, Raudhatul Muhammadi bukan sahaja menampung pengajian dalam remaja lelaki berumur 13 tahun ke atas, tetapi turut menjadi tempat berteduh bagi warga emas lelaki dan perempuan.
“Kita mengalu-alukan mereka yang ingin mendalami ilmu agama di usia senja,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Setiu menambah, Pondok itu diasaskan oleh ayahandanya, Almarhum Tuan Guru Haji Muhammad@Ismail bin Awang Teh.
Katanya, ia merupakan antara pusat pengajian tradisional agama yang masih mengekalkan sistem pembelajaran pondok di negeri Terengganu.
“Setakat ini, pondok tersebut mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM210 dan komitmen bulanan serendah RM50, bergantung kepada kemampuan pelajar.” jelas beliau.
Oleh itu, kata beliau, sistem ‘ngaji mengadap’ memberi peluang kepada semua golongan untuk menyertai pengajian agama tanpa beban kewangan.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada semua pihak yang telah menyumbang setakat ini.
“Semoga segala sumbangan diterima Allah sebagai amal jariah yang berpanjangan,” tambah beliau.
Justeru itu, sesiapa yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Pondok Raudhatul Muhammadd, nombor 563046305642 atau boleh mengimbas QR di bawah.