KUALA TERENGGANU – Budaya hidup bebas yang menyimpang daripada nilai agama dan adat ketimuran kini semakin menular dalam masyarakat, sekali gus menjadi ancaman serius terhadap jati diri rakyat dan masa depan generasi akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menegaskan bahawa gejala ini bukan sekadar fenomena sosial biasa, sebaliknya merupakan penyakit masyarakat yang perlu ditangani secara menyeluruh.
“Kalau penyakit melibatkan tubuh badan, kita bawa ke hospital. Tetapi jika penyakit itu berkait dengan cara hidup bebas yang dibawa dari Barat, kita perlu hadapinya dengan pendekatan yang berbeza.
“Bukan semua yang datang dari Barat itu buruk, ada nilai yang positif dan boleh diterima. Namun, perkara yang bercanggah dengan agama perlu dijauhi, antaranya budaya hidup bebas seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang jelas ditegah oleh Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Apresiasi Media Terengganu 2025 kali keempat yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, semalam.
Jelasnya, Terengganu sentiasa berpegang kepada prinsip agama sebagai asas utama dalam menangani isu-isu sosial, termasuk budaya songsang yang menular secara halus melalui pelbagai medium.
“Sebarang isu, kita cari penyelesaian dari sudut agama terlebih dahulu. Kita ambil langkah awal supaya budaya songsang ini tidak terus merebak dalam masyarakat,” tambahnya.
Antara langkah proaktif yang dilaksanakan kerajaan negeri ialah memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat melalui pelbagai pendekatan seperti wacana ilmiah, forum, kuliah dan penyebaran maklumat secara berterusan.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap sikap segelintir masyarakat yang terlalu terbuka menerima budaya luar sehingga mengabaikan identiti sendiri.
“Kita ada identiti kita. Kita orang Melayu dan Muslim. Bangsa lain juga ada nilai ketimuran yang patut dipertahankan.
“Ini benteng kita dalam menghadapi kebanjiran budaya asing yang boleh merosakkan akhlak anak-anak,” katanya lagi.
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos – Budaya hidup bebas yang menyimpang daripada nilai agama dan adat ketimuran kini semakin menular dalam masyarakat, sekali gus menjadi ancaman serius terhadap jati diri rakyat dan masa depan generasi akan datang.