Home Berita PAS Terengganu

Selangor kekal Ratu National 7s 2025

11
SHARE

KUALA NERUS – Selangor mempertahankan gelaran juara terbuka wanita dalam Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s ) 2025 apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu dalam perlawanan akhir sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Tengku Muhammad Ismail itu, Selangor melakukan lima try dan dua conversion menumpaskan Terengganu, yang tampil buat kali pertama dalam kategori itu dengan mata 29-0.

Juara bertahan itu unggul dengan tiga try pada separuh masa pertama, sebelum melenyapkan harapan Terengganu untuk bangkit dengan 14 mata pada separuh masa kedua.

Selangor turut mengungguli kategori wanita bawah 21 tahun selepas menewaskan Terengganu, juga dengan skor 29-0.

Pasukan itu membawa pulang hadiah kejuaraan berupa piala, pingat dan hadiah wang tunai RM3,000.