Home Berita PAS Terengganu

Suara Wanita Berkumandang Tuntut Anwar Turun

11
SHARE

Oleh: Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Himpunan Turun Anwar menyaksikan golongan Hawa turut sama berhimpun dan suara wakil mereka menggegar Dataran Merdeka mendesak agar Perdana Menteri itu meletak jawatan.

Aktivis dan penduduk asal Flat Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim antara yang berpeluang berucap menyeru rakyat bangkit menurunkan pemimpin yang bertindak zalim terhadap rakyat.

“Anwar tidak membela bangsa dia, seagama dengan dia, macam mana dia nak membela semua rakyat Malaysia,

“Anwar kena turun…. sebab apa ?…dia ada hati nak buat majlis pecah tanah di Kampung Sungai Baru, sedangkan isu Kampung Sungai Baru belum selesai,

“bila kita nak dia turun?….secepat mungkin,” tanyanya sinis sambil dijawab orang ramai yang hadir.

Beliau adalah antara yang turut berucap dalam himpunan yang menghimpunkan lebih 500,000 pelbagai kaum dan telah diadakan di Dataran Merdeka, semalam pada 26 Julai.

Sementara itu seorang peserta yang turut hadir Aniza Mansur dari Kuala Terengganu, melahirkan rasa kecewa dengan gelagat kerajaan madani yang terus membebankan rakyat dengan isu kos sara hidup yang menekan mereka terutama Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) yang baru di laksanakan .

“Golongan hawa paling tertekan dengan tindakan zalim pemerintah hari ini…kita nampak sst ni sikit tapi berat kerana ianya ada di pembelian kita..dan mencekik wang rakyat sedikit demi sedikit,

“Ucapan-ucapan muslimat bila di teliti menampakkan kebencian pada pentadbiran PMX yang dilihat gagal menjaga kebajikan rakyat dan gagal menunaikan janji kepada rakyat,” ujar beliau yang datang bersama rombongan bas muslimat Kuala Terengganu.