KUALA TERENGGANU – Sebanyak 450 bekas bubur Asyura telah disediakan dan diagih kepada penduduk kampung pelbagai bangsa termasuk dalam kalangan komuniti Siam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera.
Yang Dipertua PAS kawasan Besut Besut YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman berkata, program ini adalah untuk menghayati roh bulan bulan Muharam melalui amalan tradisi yang menjadi simbol perpaduan dan kasih sayang dalam komuniti.
“Sempena bulan Muharam yang mulia, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kota Putera telah menganjurkan program memasak dan mengagihkan bubur Asyura melibatkan tiga kawah besar, sekali gus menyemarakkan semangat gotong-royong dan ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat.
“Program kacau assyura yang berlangsung pada awal pagi itu bermula seawal jam 5.00 pagi,” jelasnya ketika dihubungi semalam.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas dan penduduk yang terlibat dalam semua peringkat penyediaan penbahagian bubur tersebut.
Justeru itu, beliau berharap program sebegini dapat diteruskan sebagai wadah memperkukuh silaturahim antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
“Program ini merupakan aktiviti tahun DUN Kota Putera. Dibahagikan kepada semua lapisan masyarakat dan termasuk kaum siam,” katanya.