Home Berita PAS Terengganu

Jangan terlalu bangga dengan kemenangan

9
SHARE

Oleh ; RR

KUALA TERENGGANU – semua ahli jemaah diingatkan agar tidak terlalu berbangga dengan kemenangan yang dicapai, sebaliknya melihatnya sebagai satu ujian dan amanah besar daripada Allah SWT.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Harun Isa berkata, setiap gerak kerja dan pengorbanan dalam perjuangan mestilah dikembalikan kepada Allah, bukan untuk dibanggakan atau dijadikan alasan rasa diri lebih hebat daripada orang lain.

“Kemenangan yang dicapai sebahagiannya hasil kerja muslimat yang teliti tekun berkerja.

“Cuma perlu ingat secara bersama jangan sesekali jika dalam hati kita terdetik rasa bahawa kemenangan ini adalah hasil usaha kita semata-mata. Hati-hati, jangan hanguskan pahala hanya kerana rasa bangga atau hebat dengan kerja dan pengorbanan kita.

“Jangan rasa hanya sebab kita dan jangan hanguskan pahala kerana mari rasa hebat ketika lakukan kerja dan pengorbanan ini.

“Walaupun dalam hati terlintas nak ‘claim’ kemenangan ini kerana kita, ingatlah, jangan sesekali hanguskan pahala di hadapan Allah swt,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Muktamar Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu kali ke 52 di Markaz Tarbiyyah, Kuala Ibai, pada Jumaat.

Katanya, beliau menyifatkan Muslimat sebagai tulang belakang yang banyak membantu suami, anak-anak dan Pemuda untuk terus bergerak dalam medan dakwah dan politik.

“Tahniah kepada Dewan Muslimat yang dikenali sebagai jentera dan tentera perjuangan yang komited, sama ada di barisan hadapan atau belakang.

“Mereka memberi semangat dan sokongan kepada setiap pejuang yang berkorban demi kelangsungan gerak kerja jemaah.

“Walaupun ada yang memandang wanita sebagai penghalang kepada pergerakan suami atau keluarga,” jelasnya.

Beliau juga menyentuh tentang peranan ibu sebagai pendidik utama dalam keluarga.

“Setiap insan hebat lahir dari rahim seorang ibu. Ibu bukan saja urus rumah tangga, tapi juga aktif berjuang, tanpa abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga,” katanya lagi.

Justeru itu , beliau turut menyeru agar Muslimat terus beri tumpuan kepada kerja penerangan termasuk menulis, ziarah rumah dan hasilkan video sebagai cara pertahan kemenangan di tengah serangan persepsi terhadap kerajaan negeri.