Home Berita PAS Terengganu

SATU guna WORMS, ganti meter lama tangani kehilangan air

7
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mengambil pendekatan lebih holistik dalam mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dato’ Hanafiah Mat berkata, gerak kerja dan usaha dalam mengurangkan kadar NRW diberi keutamaan di dalam penyusunan perancangan oleh pihak SATU.

“Antara yang dilaksanakan termasuk penukaran dan pengaktifan District Meter Zone (DMZ) bagi pemantauan NRW serta penambahbaikan sistem pelaporan dan pembaikian kebocoran paip menggunakan sistem di atas talian Work Order Repair Management System (WORMS) bagi kerja-kerja pembaikian paip.

“Selain itu, pihak SATU juga mengadakan program penukaran meter berusia melebihi 10 tahun untuk mengurangkan kehilangan komersial disamping program pengurusan tekanan bagi mengurangkan jumlah kehilangan air disebabkan ‘background leak’ dan mengurangkan kekerapan paip pecah disebabkan tekanan tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, semalam.

Tambah Hanafiah, penggantian ‘attitude valve’ yang rosak di semua tangki untuk mengelakkan berlakunya limpahan serta pengantian paip lama jenis asbestos cement (AC) yang kerap mengalami kebocoran dan paip pecah turut dilakukan.