Home Berita PAS Sabah

Ziarah Mahabbah PASTI Al-Haqq

15
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
6 Julai 2025, Ahad

TUNGKU : Sebagai tanda kasih, PASTI Al-Haqq menyantuni Mudirahnya Nurlyana yang baharu sahaja menimang cahaya mata ketiga menerusi program Ziarah Mahabbah di Kuarters SK Sahabat 2, pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Lahad Datu, Siti Zaleha menzahirkan rasa syukur atas program ini.

“Melalui program ini, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara muslimat PAS dengan rakan seperjuangan.

Turut hadir, Mudirah PASTI Permata Kasih, Husni bersama beberapa orang guru PASTI Al-Haqq dan Muslimat Felda.

Nurlyana telah menerima hadiah berupa barang keperluan bayi dan wang tunai yang diharapkan sedikit sebanyak dapat menceriakan tempoh berpantang beliau.

“Program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dari semasa ke semasa,” katanya.