Home Berita PAS Terengganu

Pemuda Setiu Perkasa Belia Melalui Sukan

7
SHARE

SETIU – Penganjuran Kejohanan Futsal Piala Ketua Dewan Pemuda PAS adalah salah satu inisiatif memperkasa golongan belia melalui sukan.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiu, Muhammad Nasrullah Kamaruddin berkata, Sebanyak 32 pasukan daripada kawasan Batu Rakit, Permaisuri, Langkap dan Jabi mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung.

“Alhamdulillah sambutan sangat memberansangkan daripada anak-anak muda pelbagai lapisan umur yang turut menyertai kejohanan ini.

“Kami dapati golongan anak muda dan belia sangat meminati aktiviti kesukanan.

“Mereka sanggup meluangkan masa, mengeluarkan wang ringgit dan mencurahkan tenaga demi mencapai kejayaan serta memenuhi minat serta hobi mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kejohanan Piala
Ketua Pemuda PAS Setiu yang diadakan di Dewan Futsal Sungai Tarom hari ini.

Menurutnya, kejohanan tersebut turut mendapat sokongan padu daripada masyarakat setempat, termasuk golongan dewasa yang menyumbang dalam bentuk tajaan dan semangat kepada para peserta.

“Golongan dewasa turut memberi sokongan moral dan tajaan bagi membantu belia fokus kepada sukan serta mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap program seumpama ini diteruskan setiap tahun bagi melahirkan belia yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing serta memperkukuh hubungan silaturrahim dalam komuniti setempat.