Oleh ; Safwan
BESUT – PAS Kawasan Besut komited meneruskan perjuangan Islam secara kolektif di bawah kepimpinan baharu yang diyakini mampu menyambung legasi dengan lebih tersusun dan bertenaga.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Besut yang baharu, YB Haji Nurkhuzaini bin Ab Rahman, perubahan kepimpinan bukan sekadar penyusunan organisasi, tetapi adalah usaha memperkukuh gerak kerja jamaah dalam mendepani cabaran politik dan dakwah masa kini.
“Insya-Allah, kita akan terus membawa obor perjuangan Islam dengan lebih tersusun dan berstrategi.
“Memanfaatkan potensi setiap ahli dan memperkasa seluruh saf kepimpinan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut Kali Ke-66 telah berlangsung di Dewan Kota Putera Square, Kota Putera, pada sabtu, 21 Jun.
Sementara itu, ADUN Jerteh, YB Dr Riduan Mohamad Noor menyifatkan acara ini sebagai peluang bermuhasabah, memperbaharui azam perjuangan dan mempererat ukhuwah dalam jemaah.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan sebagai kepimpinan baharu bagi sesi 2025-2027.
“Turut mendoakan agar Allah swt membantu dan memimbing semua pimpinan yang baru dilantik kearah kepimpinan yang adil, berintegriti serta membawa kesejahteraan kepada semua,” ujar beliau yang juga Mantan YDP PAS.
Selain itu, Wakil SPR, Mohd Asmawi Mukhtar memaklumkan mesyuarat kali ini melibatkan pemilihan kepimpinan baharu PAS Besut bagi semua jawatan utama termasuk YDP, TYDP, NYDP dan Ahli Jawatankuasa.
Beliau memaklumkan keputusan menyaksikan pelantikan Ustaz Wan Azhar sebagai TYDP dan Haji Azbi Salleh sebagai NYDP.