DUNGUN – Tiada lagi harapan buat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang, jika dilihat kepada suasana kemarahan dan kebencian rakyat, terhadap parti itu dan Perdana Menteri.
Oleh itu, Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad meminta para petugas PAS, bersiap sedia menguatkan dalaman parti untuk menyambut kemenangan tersebut.
“Hari ini orang-orang yang tidak berpihak, tidak ada parti, marah, macam-macam yang ditanggung rakyat, dibebankan dengan cukai, kenaikan harga barang, menyebabkan rakyat marah kepada Pakatan Harapan,
“kita tidak mahu dalam keadaan orang marah kepada PH, benci kepada PMX, sebaliknya kita tidak bersedia,” ujarnya.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Dungun kali ke 66, di sini pada Sabtu 21 Jun..
Beliau turut mengingatkan khususnya PAS Terengganu tidak leka dengan kemenangan cemerlang PRU lepas, menguasai 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen.
Tegasnya, ‘musuh’ tidak pernah berhenti dan bekerja mahu menjatuhkan kerajaan Darul Iman, siang mahu pun waktu malam.
“Maka ada DUN majoriti sedikit pertingkatkan lagi. kita percaya Teori Domino akan berlaku, maksud teori domino dengan kerajaan menawan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis. domino akan melarat ke Pahang,” jelasnya.
MAT kali ini menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 25/27, mengekalkan penyandang ketiga-tiga jawatan tertinggi peringkat kawasan Dungun.
YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli,, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, teguh memimpin sebagai Yang Dipertua, Timbalan dan Naib