Home Berita PAS Terengganu

Sembang Usahawan ‘Platform’ lontar suara pengusaha

3
SHARE

KEMAMAN – Program Sembang Usahawan yang dikelolakan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu membuka banyak peluang dan memberi limpahan manfaat kepada pada usahawan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dato’ Ariffin Deraman berkata, program tersebut mendedahkan usahawan kepada pelbagai agensi yang berkolaborasi dengan YPU.

“Program ini beri ilmu yang banyak dan juga pendedahan kepada peniaga bagaimana untuk mendapatkan pinjaman, memajukan perniagaan, memulakan syarikat terutama mahasiswa yang sepatutnya mendapat pendedahan awal untuk meneruskan perniagaan.

“Sebenarnya, semua agensi negeri dan peringkat persekutuan memberikan kerjasama yang baik khususnya dalam membantu usahawan,” katanya.

Beliau turut menyeru para pengusaha menggunakan peluang yang disediakan YPU bagi mengukuhkan serta memajukan perniagaan.

“Kita ada pelbagai produk untuk membantu usahawan.

“Dari segi digital contohnya, kecanggihan data perakaunan diperlukan untuk memajukan lagi perniagaan,” tambahnya.

Sembang Usahawan seterusnya akan berlangsung di Dewan Sungai Tarom, Setiu pada esok pagi.