Home Berita PAS Terengganu

Pelantikan JPKK: Amanah untuk pahala berpanjangan

4
SHARE

SETIU – Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir menzahirkan ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Setiu yang menerima watikah pelantikan.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan itu berlangsung di Dewan Tertutup Sungai Tarom, Permaisuri, dan turut dihadiri barisan pemimpin masyarakat serta wakil agensi kerajaan.

“Saya mengucapkan selamat bertugas kepada semua yang dilantik sebagai anggota JPKK.

“Semoga menjadi pahala jariah berpanjangan di atas jasa yang diberikan. Siruu ‘ala barakatillah,” kata beliau ketika berucap di majlis berkenaan di sini baru-baru ini.

Turut hadir bersama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim, ADUN Langkap, Azmi Maarof, ADUN Permaisuri, Mohd Yusop Majid.

Beliau turut menekankan peranan penting Pengerusi JPKK sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, serta berharap agar amanah ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

Katanya, pelantikan ini bukan sahaja sebagai satu tanggungjawab pentadbiran, tetapi juga peluang untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara berterusan.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa kehadiran barisan baharu JPKK mampu memperkukuh pentadbiran komuniti dan memastikan kebajikan penduduk sentiasa terbela.