Home Berita PAS Terengganu

Media Sosial Senjata Dakwah Dan Perang Siber

12
SHARE

KUALA TERENGGANU – Media sosial menjadi senjata utama medan dakwah dan perang siber, menuntut setiap aktivis Ameerah memikul amanah besar dalam menyampaikan mesej perjuangan kepada khalayak.

Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Asma Abdullah, menegaskan bahawa dalam era digital masa kini, media sosial bukan sekadar platform komunikasi, sebaliknya merupakan medan tempur yang memerlukan strategi dan kefahaman mendalam serta keteguhan jiwa.

“Amanah ini bukan sesuatu yang ringan. Media sosial kini menjadi medium utama menyampaikan dakwah serta berfungsi sebagai barisan hadapan dalam menghadapi cabaran perang siber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Bengkel Penulisan Politik yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Wakaf Mempelam, pada Jumaat.

Menurutnya, tanggungjawab ini menuntut komitmen yang tinggi, pengorbanan masa dan tenaga serta kecekalan diri, spiritual yang utuh.

Namun, kata beliau, dengan kekuatan, kelebihan dan potensi yang dimiliki oleh setiap individu, beliau yakin jentera Ameerah mampu melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya.

Seramai 50 orang peserta daripada daripa lapan kawasan hadir pada program yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat Negeri Terengganu (DMPN) To Puan Hajah Zarani Othman.