8 Jun 2025 Permatang Pauh
Telah berlangsung Program Korban Perdana dengan kerjasama PAS Permatang Pauh sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan pada tahun ini.
Menurut pengarah program, Abdul Hakim Hasan dengan kerjasama PAS cawangan-cawangan dan masyarakat setempat, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. In Syaa Allah program ini akan dijadikan sebagai program tahunan.
Yang Di Pertua PAS Permatang Pauh, Tn Hj Omar Hasan juga turut hadir bersama-sama petugas dan menurutnya lagi beliau berasa amat teruja dengan komitmen para petugas, masyarakat dan anak-anak muda yang sangup bersama-sama dan ini membuktikan masyarakat Permatang Pauh merasai kelainan apabila Pusat Khidmat Parlimen Dan DUN bergerak seiring tidak seperti masa-masa yang lalu.
Turut hadir YB Ustaz Fawwaz Md Jan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan YB Hj Amir Hamzah Abdul Hashim yang bersama-sama petugas bergotong royong dan mengagihkan kepada peserta dan asnaf-asnaf di sekitar Permatang Pauh.
Menurut YB Ustaz Fawwaz beliau amat berpuashati program ini walaupun kita tidaklah menerima sumbangan daripada mana-mana pihak tetapi sambutan masyarakat setempat amat-amat mengalakan.
Manakala YB Hj Amir Hamzah pula melahirkan rasa syukur atas penganjuran sebegini serta kehadiran masyarakat setempat bergotong royong menunjukan sokongan berterusan masyarakat kepada PAS dan Perikatan Nasional.
Jamsari Samad
Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh