Home Berita PAS Sabah

Korban Perdana PAS tanam semangat muafakat

25
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
8 Jun 2025, Ahad

LAHAD DATU : Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban menzahirkan semangat muafakat yang masih kekal dalam dalam masyarakat pada hari ini walaupun berbeza latar belakang.

Ketua Cawangan PAS Aman Jaya, Landari Labobo berkata, perkara itu jelas kelihatan sepanjang program korban perdana PAS Cawangan Aman Jaya bersama penduduk setempat.

Beliau berkata, program telah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah disusun.

“Semua petugas yang terdiri daripada Pemuda PAS, Muslimat PAS, Jabatan Amal, Briged Muslimat, Jabatan PASTI, dan Jabatan SRITI nampak bersemangat dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program.

“Sebelum tiba waktu program, pihak urus setia telah bermesyuarat beberapa kali bagi memastikan kelancaran program tersebut,” katanya.

Program yang bermula sekitar jam 7.30 pagi itu berakhir sekitar waktu zohor, 3 ekor lembu berjaya disembelih, dilapah dan diagihkan kepada penerima.

Beliau juga menyatakan bahawa program tersebut adalah program tahunan PAS Cawangan bersama masyarakat dan ia merupakan satu khidmat berterusan.

Sementara itu, salah seorang peserta korban, Haslina Beddu, 44, pula berkata, beliau sudah 2 tahun menyertai pengalaman mengikuti program korban yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Aman Jaya.

“Selain melakukan ibadah korban, dalam masa yang sama kita dapat bergotong-royong dan mengeratkan silaturahim sesama kita,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu, Tan Chin Khoon.

Beliau juga turut serta menjadi salah seorang penyembelih korban pada tahun ini.