KUALA TERENGGANU -Berat mata memandang berat lagi bahu memikul apabila sebuah pusat pendidikan pra-sekolah, PASTI Al-Furqan di Felda Neram 1 dilaporkan musnah dalam satu kejadian kebakaran petang semalam.
Ketua Pemuda PAS DUN Air Putih, Mohamad Syukri Bin Abdul Aziz berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada panahan petir ketika hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.
“Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Petang semalam dikejutkan dengan berita kebakaran PASTI Al-Furqan Felda Neram 1 akibat disambar petir ketika hujan lebat.
“Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan pihak yang terlibat dan menggantikan yang terlebih baik,” jelasnya dalam laman sosialnya.
Bagi meringankan beban pihak PASTI, satu kempen Derma Kilat telah dilancarkan oleh Pemuda PAS DUN Air Putih.
“Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Dana Kebajikan Pemuda Air Putih (Maybank, 563028633480).
“Semoga Allah membalas segala jasa baik semua.Amin,” ujar beliau lagi.