KEMAMAN – University College TATI (UC TATI) telah memeterai lapan perjanjian bersama rakan strategik bersempena Majlis Pelancaran Biasiswa Terengganu Sejahtera di Dewan Cancelor UC TATI, di sini, semalam.
Perjanjian tersebut melibatkan dua Memorandum Perjanjian (MoA) bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Sekolah Tinggi Teknologi Warga Surakarta (STTW).
Manakala enam Memorandum Persefahaman (MoU) pula melibatkan Bank Islam, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), DreamEdge Sdn Bhd, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muβadzam Shah (UniSHAMS), DH Borneo Training Services Sdn Bhd dan Hal FinTech Sdn Bhd.
Rektor UC TATI, Prof Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, kerjasama tersebut akan memberikan pelajar UC TATI akses luas kepada latihan industri, bimbingan profesional, penyelidikan dan pemindahan teknologi.
βIa juga akan memperkukuh hubungan UC TATI dengan pihak industri dan memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan pasaran kerja yang sentiasa berubah,β ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Biasiswa Terengganu Sejahtera yang disempurnakan Menteri Besar, Datoβ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Canselor UC TATI di sini.