Home Berita PAS Terengganu

Beach Run 2.0 : Primula Eco Green 2025 raih lebih 200 penyertaan

12
SHARE

KUALA TERENGGANU – Beach Run 2.0: Primula Eco Green 2025, pada kali ini berjaya menarik lebih 200 penyertaan komuniti setempat, aktivis alam sekitar serta atlet antarabangsa.

Pengurus Besar Primula
Beach Hotel, Suaibah Harun berkata bertemakan “Run for a Greener Tomorrow”, acara tahun ini menampilkan dua kategori larian iaitu 10 kilometer (km) dan 21km, yang bermula jam 3 hingga 10 pagi itu  bukan sahaja memupuk kesedaran terhadap alam sekitar tetapi juga menggalakkan gaya hidup sihat.

“Mereka berkumpul seawal subuh di sepanjang pesisir pantai indah Kuala Terengganu demi satu matlamat memartabatkan gaya hidup lestari dan pelancongan mampan.

“Suasana acara penuh semangat dan
bermakna, mencerminkan sokongan kuat terhadap inisiatif yang menggabungkan kesihatan, semangat komuniti dan nilai kelestarian alam,” katanya kepada pemberita.

Tambah Suaibah, acara pada kali ini turut diserikan kehadiran atlet wanita elit Malaysia, Juliana, yang  memberi inspirasi kepada ramai pelari muda.

Selain itu katanya,  penyertaan seorang peserta antarabangsa dari Bangladesh turut menambah nilai global kepada acara ini serta
mengukuhkan imej Kuala Terengganu sebagai destinasi eko-pelancongan yang inklusif dan mesra pengunjung.

“Beach Run 2.0 bukan sekadar acara larian; ia adalah satu gerakan yang menyatukan komuniti dan memperjuangkan kelestarian.

“Kami sangat teruja melihat sokongan luar biasa, termasuk penyertaan atlet elit dan pelari serantau yang berganding bahu demi Terengganu yang lebih hijau,” ujarnya lagi.

Menurutnya, penganjur turut menerima sokongan padu daripada pelbagai penaja yang memperkukuh
nilai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).