Home Berita PAS Terengganu

SPM bukan pengakhiran, tapi permulaan perjuangan ilmu

6
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah pengakhiran, sebaliknya merupakan permulaan kepada perjuangan yang lebih besar dalam dunia ilmu dan kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pelajar perlu sentiasa memperbaharui niat dalam menuntut ilmu dan menjadikan usaha mereka sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Ilmu bukan semata-mata untuk mencari pekerjaan atau kejayaan dunia, tetapi yang lebih utama ialah untuk mengenal Allah SWT.

“Inilah yang membezakan pendidikan Islam dengan sistem Barat,” katanya ketika berucap di Majlis Apresiasi SPM Terengganu di Masjid Sultan Ismail, Chendering, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri imam-imam, jawatankuasa masjid, penghulu mukim, wakil JPKK serta ibu bapa dan pelajar-pelajar yang diraikan.

Dr. Khalil turut mengucapkan tahniah kepada 17 para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan serta menghargai usaha ibu bapa dan pihak masjid yang menganjurkan majlis tersebut.

“Majlis seperti ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan akademik, tetapi juga memberi motivasi dan kekuatan rohani kepada anak-anak kita untuk melangkah ke fasa pendidikan yang lebih mencabar,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif yang memupuk budaya ilmu dan menggalakkan pelajar untuk terus menuntut ilmu dalam pelbagai bidang dengan niat yang ikhlas dan tujuan yang benar.