Home Berita PAS Pahang

Ahli Parlimen Temerloh dinobat Tokoh Pendidik Muslimah 2025

58
SHARE

Oleh : ZINNIRAH MUKMINAH

KOTA SARANG SEMUT, 18 MEI — Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd. Nor, dinobat sebagai Tokoh Pendidik Muslimah 2025 sempena Majlis Himpunan Pendidik dan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, berlangsung di sini, Jumaat baru-baru ini.

Anugerah tersebut diberikan sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan, khususnya dalam membimbing dan mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi, hikmah serta kasih sayang.

Keikhlasan dan iltizam mantan guru di Sekolah Menengah Kebangssaan (SMK) Paya Pulai, Temerloh itu dalam dunia pendidikan Islam menjadikan beliau sosok yang dihormati dan disegani, bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat nasional.

Beliau bukan sahaja mendidik di sekolah
tetapi terus mendidik masyarakat melalui kelas kuliah, tazkirah di surau, masjid dan majlis-majlis tertentu hampir 20 tahun dahulu hingga sekarang secara berterusan.

Memetik kenyataan rasmi DMPNP yang dikeluarkan hari ini, anugerah tersebut menjadi pemangkin semangat buat semua warga pendidik khususnya para aktivis pendidikan Islam untuk terus menyumbang dengan penuh keikhlasan dan istiqamah.

Mereka turut mendoakan Ketua Muslimat PAS Pahang tersebut terus dikurniakan kekuatan dan keberkatan dalam perjuangan mendidik ummah serta terus menjadi inspirasi kepada pendidik di seluruh negara.