Home Berita PAS Terengganu

Orang Muda Generasi Memimpin

8
SHARE

DUNGUN – ‘Orang Mude Generasi Memimpin’ bukan hanya sekadar slogan tetapi satu deklarasi bahawa ‘saf’ Pemuda sedang berdiri di medan perjuangan yang akan menentukan masa depan umat Islam di Dungun, Terengganu dan Malaysia.

Mantan Ketua Pemuda PAS Dungun, YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli mengajak Pemuda untuk bertindak dan keluar dari zon selesa untukmembawa agenda dakwah dan siasah ke tengah masyarakat.

“Pemuda PAS bukan pemuda ‘keyboard warrior’ semata-mata, tetapi pemuda yang turun padang, membina kekuatan dari bawah.

“Kita hari ini bukan sekadar menjadi sayap kepada perjuangan parti, tetapi menjadi enjin utama dalam menyuburkan kefahaman Islam kepada anak muda,”,” tegas ADUN Rantau Abang itu.

YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun(DPPKD) yang bertema ‘Orang Mude Generasi Memimpin’ di Mesyuarat Agung Tahunan DPPK Dungun Kali KE-48 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini pada 10 Mei.

Namun, tambahnya lagi, cabaran yang mendatang juga semakin kompleks serta krisis jati diri dan keruntuhan akhlak, akibat pendidikan dan persekitaran yang longgar dari nilai-nilai Islam.

“Marilah kita memperbaharui niat dan tekad, bahawa kehadiran kita dalam jemaah ini bukan untuk duduk di pinggir, tetapi untuk menerajui.

“Bukan untuk memerhati, tetapi untuk memimpin, bukan untuk dipuji, tetapi untuk berkhidmat dan berkorban,” katanya. .