Home Berita PAS Sabah

Ziarah Kasih Sayang, sempena Hari Ibu

30
SHARE

Oleh: Fatiha Mohamad
11 Mei 2025

Kinabatangan: Sempena sambutan Hari Ibu, PAS Kawasan Kinabatangan mengadakan program Ziarah Kasih Sayang sebagai tanda penghargaan kepada para ibu yang menjadi tunjang kepada keluarga dan masyarakat.

“Hari ini kita meraikan Hari Ibu sebagai tanda kasih dan penghormatan terhadap pengorbanan yang tidak ternilai oleh para ibu dalam membesarkan anak-anak dan membina keluarga yang sejahtera,” ucap Jumaidin Lakalla, Ketua Pemuda PAS Kinabatangan ketika menyampaikan ucapan ringkas semasa ziarah berlangsung.

Program ini bukan sekadar menyampaikan sebuah kek sebagai simbolik sambutan malah menjadi medium untuk merapatkan hubungan PAS Kawasan dengan komuniti setempat.

“Ibu para petugas merangkap ahli PAS Kawasan Kinabatangan juga antara yang diraikan pada hari ini,” ujar Shahirah Salasain, Ketua Muslimat PAS Kinabatangan yang turut sama dalam rombongan ziarah.

Program Ziarah Kasih Sayang ini melibatkan 30 buah keluarga di sekitar kawasan Kinabatangan.